BannerFans.com

Tuesday, November 22, 2011

_SUKAR MENGAWAL STRESS_





assalamualaikum w.b.t....
semoga rakan2 blogger saya sihat2 belaka....
okay...untuk pengetahuan kalian....saya ni ada masalah dalam menangani stress.....tak pandai untuk mengawal stress yang melampau.....tak tahu la kenapa...kawan2 kelas pernah tegur...nampak muka saya ni muka yang tengah ada masalah or stress....huhuhu....terlalu nampak kew???entahlah.....kadang2 rasa stress secara tiba2....erkkk....setiap benda mesti ada sebab kan....betul la tu....tapi tak tau la apa punca my stress ni....okay...nak berkongsi sikit pasal cara2 untuk menangani stress.....


1) KAWAL KEMARAHAN
Individu yang tertekan biasanya akan cepat marah dan beremosi, oleh itu, pastikan diri anda sedar bahawa anda sedang tertekan, dan ambillah pilihan untuk TIDAK MARAH. Jangan benarkan diri anda menghabiskan tenaga dan masa pada waktu yang tidak sepatutnya. Kemarahan itu milik anda, ia dalam gengaman anda, maka anda yang mengawalnya!

haaa....perkara ni memang berlaku pada saya....terkadang hanya kerana kesilapan kecil pun saya akan marah2....confirm...STRESS!!so...i need to control it...INSYAALLAH....

2) BERNAFAS
Bernafaslah dengan perlahan dan dalam. Sebelum melakukan sebarang tindakkan, ambillah masa untuk bernafas dengan perlahan-lahan dan dalam sebanyak 3 kali, dan berselawatlah.. jika anda mempunyai masa yang banyak, duduklah sekejap dan tariklah nafas dengan penuh ikhlas dan tenang.

cara yang mudah untuk dipraktikkan.....INSYAALLAH....

3) PERLAHANKAN TINDAKAN
Setiap kali anda tertekan, cubalah bercakap dengan lebih lambat dari biasa, anda akan mendapati diri anda dapat berfikir dengan lebih jelas dan setiap tindakan anda lebih rasional. Orang yang tertekan akan cenderung bercakap dengan lebih cepat dan termengah-mengah, dengan melambatkan cara bercakap anda, anda akan menjadi tidak cemas dan lebih menguasai keadaan.

4) DAPATKAN NASIHAT
Didiklah diri anda untuk mudah menerima nasihat, carilah orang yang anda percayai boleh memberi nasihat berguna dan berkesan kepada anda, seperti Ustaz/Ustazah, doktor , motivator, rakan , ibubapa atau selain dari mereka yang anda yakini.

5) DAPATKAN UDARA SEGAR
Jika anda berada dalam bagunan, keluarlah ke taman atau buka saja tingkap bagunan anda supaya angin-angin sepoi ciptaan Allah SWT akan dapat menenangkan fikiran anda. Nenek moyang kita amat menitik beratkan soal udara ini, oleh itu kita jarang melihat mereka tertekan. Bahkan, 5 minit di anjung rumah..mampu meremajakan jiwa anda, ia merupakan cara terbaik!

6) ELAKKAN KELAPARAN DAN DAHAGA
Minumlah banyak air dan makanlah makanan yang sedikit dan berkhasiat. Jika anda tidak berjaya menjaga lapar dan dahaga, anda akan cepat cemas, tertekan tidak mengira masa. Ia amat bahaya!

7) BETULKAN KEDUDUKAN
Tegakkan badan dan kepala anda,elakkan badan anda dari membongkok atau mengereng. Jika anda tidak mengambil berat kedudukan badan anda, dikuatiri akan ketegangan otot, dan meningkatkan tekanan.

8) RENCANAKAN SESUATU
Dihari tekanan anda, rencanakan satu aktiviti yang akan menghilangkan tekanan seperti mandi manda di pantai atau kawasan air terjun yang tenang bersama rakan-rakan yang boleh diajak bersembang dan berjenaka. Sisihkanlah sebentar hal kerja, rumah tangga, atau masalah keluarga untuk jangka masa yang singkat sebelum tidur dan biarkan diri anda dikuasai dengan ketenangan.. jangan habiskan masa ini untuk merancang aktiviti esok atau melakukan kerja yang anda tidak sempat lakukan di siang hari. Ingat! Anda perlu waktu untuk mengisi semula tenaga diri dan ketenangan anda sendiri...anda akan lebih bersedia menghadapi hari-hari yang lain.

 okay....actually sume ni di'copy and paste' saja...entry ni di 'copy and paste' dari SINI....


p/s: bagi rakan2 yang juga mengalami stress....semoga kita sama2 berjaya menanganinya yup..InsyaAllah..... 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...