BannerFans.com

Tuesday, November 15, 2011

_SAHABIAH_




assalamualaikum w.b.t......
semoga sihat2 sahaja ye kawan2 ku sayang....hehehe

okay....kali ni...saya lebih berminat untuk mencoret diari yang tak berapa cantik ni tentang sahabat....hmmmm....




SAHABAT.....susah kan nak mencari sahabat???kawan-kawan dan rakan-rakan memang mudah untuk dicari....tapi sahabat.....terlalu sukar untuk ditemui kan....kalau kita faham apa itu sahabat....mungkin mudah untuk kita temui dan sekiranya kita telah menemui seorang sahabat....hargailah mereka....jangan sakiti hati mereka...sesungguhnya....seorang sahabat yang baik akan sentiasa bersama sahabatnya dalam suka atau duka....sekiranya sahabat kita sedang berduka...sepatutnya kita menceriakan mereka kembali..bukan menambahkan lagi kedukaan mereka.....

SAHABAT atau SAHABIAH sesungguhnya sukar untuk ditemui...sekiranya telah kita temui SAHABIAH kita....jagalah hati dan perasaan mereka....sesungguhnya...sahabat anda itu terlalu menjaga hati kalian....fahamilah perasaan mereka...jujurlah pada mereka....sekiranya kesilapan yang telah kita lakukan....mohon la kemaafan dari SAHABAT kita itu....bukanlah sukar untuk memohon maaf...tetapi sebenarnya...terlalu sukar untuk sahabat anda memaafkan anda dengan seikhlas hati mereka....terkadang..memakan terlalu banyak masa untuk kita memaafkan seseorang atas perbuatan mereka yang tidak mahu berterus terang dan berlaku jujur.....




selain itu.....sahabat yang baik adalah sahabat yang dapat memberikan ketenangan kepada sahabatnya yang lain....ketenangan dan kedamaian pasti akan berlaku sekiranya kite benar2 telah temui sahabat kita yang paling sejati....INSYAALLAH....

oleh itu.....sayangilah dan hargailah sahabat yang telah anda temui....kerana sememangnya sukar untuk kita temui SAHABAT@SAHABIAH.....




Ya Allah....Ya Rabb ku....
sekiranya telah Kau temukan ku dengan seorang sahabat....
kekalkanlah hubungan persahabatan kami...
jauhilah persahabatan kami dari anasir2 jahat yang mahu menghancurkan hubungan kami....
berikanlah kedamaian dan ketenangan kepadanya sekiranya dia bersahabat denganku....

Ya Allah.....Ya Rabb ku....
ampunilah segala dosa sahabat2 hamba....
terangilah hati mereka juga hatiku dengan cahaya keimananMu....
kekalkanlah ketaqwaan kami kepada Mu....
semoga kami istiqamah ke jalan Mu....
hanya pada Mu kami meminta....
hanya kepada Mu kami memohon....


~AMIN YA RABB~



p/s: saya ada kawan dimana mereka berlima memang bersahabat baik....even bila salah seorang tu nak balik kampung pun mereka sanggup hantar....syukurlah....semoga persahabatan mereka berkekalan sampai bila2....amin~~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...