BannerFans.com

Sunday, January 8, 2012

_AKTIVITI BAKTI SISWA_




Assalamualaikum w.b.t....alhamdulillah....diri ini masih lagi berkesempatan untuk bernafas di muka bumi ini dan masih lagi boleh menaip entri yang terbaru...hehehehe..sebenarnya entri ini nak di 'post' semalam....tetapi malangnya....terdapat kekangan....semalam terlalu penat kerana seharian kelas....dari pagi hinggalah malam....fuhhh...memang penat....

baiklah....entri kali ini berkenaan dengan kelas BAKTI SISWA (kelas HAMKA) semalam (Sabtu)...kumpulan SIMPLE (saya, mas, azmariana, khairi dan hanif) telah diberikan tugasan untuk membuat pembentangan tentang KEMAHIRAN INSANIAH.....tajuk yang telah kami bentangkan adalah berkenaan PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT....seperti biasa...setelah selesai pembentangan, setiap kumpulan perlulah membuat satu aktiviti, dimana kumpulan SIMPLE telah merancang aktiviti yang dapat mencungkil bakat para pelajar iaitu aktiviti TARIAN....hehehe....

sebagai permulaan, kami membahagikan rakan2 kami kepada tiga kumpulan dan kemudian setiap kumpulan perlu mencabut undi...undi tersebut telah ditetapkan tajuk lagu bagi tarian mereka, jenis tarian, dan juga giliran persembahan mereka...aktiviti ini turut disertai oleh FASILITATOR kami, iaitu CIKGU FAKROL....tahniah kepada beliau kerana turut serta dalam aktiviti kami...ianya menjadi lehih 'happening' apabila fasilitator kami melibatkan diri..dari situ, kami dapat mencungkil bakat fasilitator kami....





kumpulan pertama membuat persembahan....tarian yang mereka lakukan adalah tarian Sabah....menggunakan lagu Jambatan Tamparuli.....


ini adalah kumpulan kedua...tarian yang mereka lakukan adalah tarian Bollywood...menggunakan lagu Bole Chudiyan....


ini adalah kumpulan ketiga dan terakhir....tarian yang mereka lakukan adalah tarian Joget....lagu yang mengiringi tarian mereka adalah lagu Joget Pahang....fasilitator kelas kami (berbaju hitam) menyertai kumpulan ini.....


terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan BAKTI SISWA kumpulan HAMKA kerana memberikan kerjasama kalian.....juga tidak lupa kepada fasilitator kami, CIKGU FAKROL kerana turut serta dalam aktiviti yang kami jalankan.....sebelum terlupa, terima kasih juga kepada ahli kumpulan SIMPLE atas kerjasama yang kalian berikan.....


TAHNIAH!!!





p/s: maaf kerana tidak dapat meng'upload' video tersebut kerana masalah teknikal....huhuhu


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...